My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 16 February 2017

    J Revolusi Sarat Aksi





    Garapan babak aksi yang cukup kemas sehingga mengundang debaran. Itu antara ulasan yang boleh diberikan kepada filem J Revolusi sebaik tamat Tayangan Perdana filem itu yang berlangsung di Mutiara Damansara, di sini, semalam.

    Bukan itu saja, elemen komedi, sedih, keluarga dan cinta yang diselitkan secara bersahaja juga menambah 'rencah' untuk filem yang dinanti-nantikan tahun ini. Untuk tempoh hampir dua jam, J Revolusi ternyata mampu membuat penonton melekat di bangku dan mata tertumpu kepada layar sehingga tamat.

    Apabila memperkatakan mengenai barisan pelakon, kredibiliti Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura dan Farid Kamil tidak boleh dipertikaikan. Watak Azad Jazmin sebagai Skodeng juga 'hidup', ditambah aksi artis Seni Bela Diri Campuran (MMA) seperti Peter Davis yang menjadikan babak berlawan 'real'.

    J Revolusi memaparkan kisah pegawai Unit Tindak Khas (UTK), Jay Zulkarnain lakonan Zul Ariffin, berusaha menyelamatkan kakaknya, Dian (Fazura) yang diculik pengganas. Dalam misi menyelamat itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh rakan setugasnya seterusnya tercetuslah pelbagai konflik dan insiden yang menghantui Jay.

    Sementara itu, Zul Ariffin turut meletakkan harapan yang tinggi untuk filem pertama dirinya sebagai pelakon utama ini. "Ini yang kami sajikan kepada anda, untuk orang di luar sana, penggambaran dilakukan tahun lepas dan sekarang malam yang ditunggu-tunggu.

    "Nervous (berdebar), excited (teruja) menantikan tayangan ini dan saya harap filem ini boleh diterima orang ramai," katanya semasa sidang media selepas tayangan berakhir. Penerbit Eksekutif Tengku Iesta Tengku Alaudin pula berharap agar filem ini mampu menjadi penanda aras baru.

    "Bukan saja penanda aras dalam filem aksi tetapi filem Malaysia secara keseluruhan dan harap dapat naik taraf pembikinan filem dengan bajet yang ada. Berkat sokongan badan korporat yang ada harap pihak lain juga dapat buka mata untuk sama-sama terbitkan filem dan hasilkan kandungan yang bermutu," katanya.

    J Revolusi bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 2 Mac ini menelan belanja RM3 juta turut mendapat tunjuk ajar perunding aksi Hong Kong. Filem arahan sutradara baru, Zulkarnain Azhar diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dengan kerjasama Infinitus Productions turut menampilkan aplikasi permainan tembak menembak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: J Revolusi Sarat Aksi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top