Sebelum ini, kesemua pemimpin Pakatan Harapan mendakwa, kekukuhan pakatan pembangkang berkenaan berada pada tahap yang baik dan sukar untuk digugat. Mereka mendakwa, inilah pakatan terbaik yang ada di Malaysia jika dilihat dari segi kesepakatan mereka dalam memperjuangkan isu-isu membabitkan rakyat.
Namun, sejak Tun Dr Mahathir membawa masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai Pakatan Harapan serta beliau mula menjalinkan hubungan baik dengan kesemua pemimpin Pakatan Harapan yang di ketuai DAP, satu demi satu parti ini semakin menyerlahkan masalah yang selama ini mereka simpan dari pengetahuan penyokong dan juga rakyat.

Malah, Mahathir tanpa rasa malu mula berani menyembah semula Anwar di Mahkamah, musuh utama beliau sejak 18 tahun yang lalu. Semua ini menyumbang kepada pergolakan dalaman sehingga masing-masing berusaha untuk menumbangkan pesaing mereka di dalam PKR.
Tidak lama kemudian, sewaktu Mahathir secara tiba-tiba hadir tanpa dijemput ke Konvensyen DAP, penghujung tahun lalu, secara terang-terangan seorang ahli DAP, menempelak Mahathir dengan mendakwa Mahathir seperti bapak ayam yang langsung tidak mempunyai rasa malu dan segan. Sekali lagi imej Mahathir tercemar dan sudah boleh dipersoalkan, dimana maruahnya.
Menariknya, ahli berkenaan bertindak meninggalkan parti berikutan rasa tidak puas hati parti berkenaan menjalinkan hubungan dengan Mahathir. Drama kebencian terhadap Mahathir ini sekali lagi berlangsung kelmarin setelah 4 orang ahli DAP yang merupakan Ahli Parlimen dan ADUN negeri Melaka meninggalkan DAP, juga dengan alasan yang sama.

Zamannya sudah berlalu dan sudah tiada lagi sentuhan magisnya yang mampu menyati padukan mana-mana pakatan yang ada di Malaysia. Beliau dilihat tidak ubah seperti lialibiliti pada mana-man apihak yang kini bersekutu dengannya sehinggakan Anwar, jika boleh, mahu menjauhkan diri darinya.
0 comments:
Post a Comment