Kunjungan kali kedua dilakukan oleh Allayahrham Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud yang dilakukan pada tahun 2006 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6. Boleh dikatakan, setiap kali kunjungan DiRaja Arab Saudi ke Malaysia, ada sahaja sumbangan atau projek pembangunan akan dilaksanakan di Malaysia.
Melihat dari kehadiran keluarga DiRaja Arab Saudi ini, pasti terlintas difikiran, tidak pernahkan mana-mana Raja Arab Saudi tiba di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri sepanjang 22 tahun?
Jika dilihat dari segi sejarah, sememangnya Raja Arab Saudi tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Namun, beliau pernah ke Arab Saudi untuk bertemu dengan Raja Arab Saudi beberapa kali tetapi tidak pernah mengadakan sebarang sambutan negara untuk menerima kunjungan Raja Arab Saudi ke Malaysia.
Pastinya akan timbul persoalan, kenapa Raja Arab Saudi tidak pernah sampai ke Malaysia sedangkan menurut rekod, Almarhum Raja Al Malek Faisal dan Almarhum Raja Abdullah pernah tiba di Indonesia sepanjang Mahathir menjadi Perdana Menteri? Adakah ada apa-apa yang tidak dipuas hati oleh kedua-dua Baginda terhadap Malaysia semasa Mahathir memegang tampuk kuasa?
Sukar untuk menjawab persoalan ini kerana rahsia berkenaan ada kepada Mahathir dan kedua-dua Almarhum Raja Arab Saudi ini. Untuk bersangka baik, mungkin kesempitan masa mempengaruhi keberangkatan kedua-dua Almarhum Raja Arab Saudi ini ke Malaysia sepanjang Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Justeru, tidak hairanlah apabila melihat reaksi keras Mahathir terhadap apa yang dilakukan oleh Allayarham Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud semasa baginda berkenan menyumbang dana kepada Datuk Seri Mohd Najib.
Dalam banyak ucapannya, beliau melabelkan keluarga DiRaja Arab Saudi ini sebagai "Arab bodoh" dan Arab gila" bagi menggambarkan kemarahan dan sifat iri hatinya apabila melihat hubungan akrab yang terbina hasil daripada kesepakatan antara Datuk Seri Mohd Najib dengan keluarga DiRaja Arab Saudi.
Mungkin benar juga dakwaan Mahathir yang kerajaan pimpinannya tidak pernah menerima sebarang dana yang besar dari keluarga DiRaja Arab Saudi kerana, tidak pernah seharipun, pemerintah tertinggi Arab Saudi menjejakkan kaki ke Malaysia sepanjang beliau berkuasa. Atas sebab inilah, Mahathir berang dengan layanan Arab Saudi terhadap kerajaan Malaysia hari ini.
Tidak lama lagi, "Arab bodoh" atau "Arab gila" berkenaan akan tiba di Kuala Lumpur. Mungkin Mahathir boleh memohon slot untuk bertemu dengan Raja Arab Saudi ini untuk bertanya sendiri, kenapa tidak ada kunjungan rasmi Raja Arab Saudi sepanjang beliau berkuasa. Mungkin beliau boleh bertanya, benarkah wang RM 2.6 bilion itu disumbang terus oleh keluarga DiRaja Arab Saudi kepada Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan Malaysia.
0 comments:
Post a Comment