Pada tarikh 13 Februari 2017 adala tarikh yang akan diingati untuk sekurang-kurangnya tahun ini. Ini kerana pada tarikh berkenaan, Kim Jong-nam, abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong-un telah menemui ajal di Malaysia akibat pembunuhan terancang yang dilakukan oleh dua orang warga Vietnam dan Indonesia, Doan Thi Huong dan Siti Aishah.
Apa yang menariknya, sehingga hari ini, pihak Korea Utara melalui Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol tetap menunding jari kepada pasukan keselamatan Malaysia yang didakwanya bersekongkol dengan pihak asing untuk menyembunyikan fakta sebenar tentang kes pembunuhan berprofil tinggi berkenaan.
Hari demi hari, sejak tarikh pembunuhan berkenaan, drama yang cuba diwujudkan oleh Pyongyang terhadap Malaysia semakin tersingkap. Ini kerana, seluruh dunia mengetahui bahawa antara sasaran utama yang mahu dihapuskan oleh Jong-un adalah abang tirinya sendiri. Ini kerana, sejak beberapa tahun yang lalu, Jong-un menganggap, Jong-nam adalah ancaman kepada kerajaan yang diketuainya sekarang.
Bayangkan, sekurang-kurangnya 7 percubaan membunuh Jong-nam dilancarkan Korea Utara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tidak kira di mana, samada di Macau, Jepun, China, Singapura mahupun di Switzerland, semua operasi telah dilancarkan dan hanya di KLIA2, barulah operasi berkenaan berjaya dilaksanakan.
Jika dilihat dari senario hasil siasatan pihak PDRM terhadap pembunuhan berkenaan, jelas sekali semua ini dicipta sendiri oleh Korea Utara. Kemelut diplomatik yang dicipta oleh Korea Utara terhadap Malaysia sebenarnya adalah salah satu helah Pyongyang untuk mengelakkan diri mereka menjadi sasaran kecaman dunia dan dalam kes ini, Malaysia dijadikan "kambing hitam".
Manakan mungkin pihak Malaysia mahu membiarkan pembunuh Jong-nam bebas bergerak setelah melakukan jenayah di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai undang-undangnya sendiri, Malaysia ada hak untuk menegakkan undang-undang kriminalnya sendiri dan perkara ini tidak terkecuali pada mana-mana pihak termasuk Korea Utara.
Mana mungkin Korea Utara tidak memahami prihal perundangan sesebuah negara kerana antara prasyarat utama seseorang Duta di lantik ialah memahami selok belok perundangan sesebuah negara yang mereka diami. Inilah yang menjadikan banyak kenyataan dan tindak tanduk pihak Kedutaan Korea Utara ini disifatkan sebagai sebuah drama dan sengaja mencari pasal dengan Malaysia.
Menariknya, dalam satu pendedahan yang dilakukan oleh seorang ejen Agensi Perisikan Korea Utara (The General Bureau of Reconnaissance (GBR)), operasi seperti ini sememangnya telah dirancang oleh ejen-ejen perisik negara komunis berkenaan untuk menjejaki musuh-musuh Korea Utara tanpa sedikitpun memperdulikan, di mana sahaja mereka berada.
Dalam kes pembunuhan Jong-nam ini, ianya memangtelah dirancang sejak sekian lama dan ianya dibuktikan dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengeluarkan senarai 5 orang suspek utama kes berkenaan. Katanya, setiap operasi akan mempunyai dua pasukan khas iaitu pasukan perancang dan pasukan sokongan.
Ini membolehkan operasi pembunuhan berkenaan berjaya di lakukan walaupun sasaran mereka berada di hadapan khalayak umum. Nampaknya, plot pembunuhan Jong-nam yang kononnya didakwa Korea Utara sebagai mempunyai helahnya yang tersendiri, telah memakan sedikit demi sedikit Korea Utara.
Jika sebelum ini mereka begitu hebat menunding jari kepada Malaysia kononnya negara menyembunyikan sesuatu, kini tuduhan berkenaan kembali kepada mereka. Korea Utara tidak dapat melarikan diri dalam kes ini dan lakonan mereka kononnya mereka adalah pihak terinaya, adalah teramat karut sama sekali.
0 comments:
Post a Comment