My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 25 February 2017

    Ibu Tunggal Terlantar



    Ibu tunggal, Yut Padil, 60, tetap tabah mengharungi kehidupan walaupun pipi kirinya membesar secara luar biasa sejak setahun lalu. Yut yang berasal dari Kampung Sungai Ud, di sini, kini hanya terlantar di rumah dan saban hari terpaksa menahan sakit akibat penyakit misteri itu. 

    Menurut Yut, dia sudah ke Hospital Sibu pada Ahad lalu untuk merawat bengkak kemerahan pada pipinya yang ketika ini kelihatan hampir sebesar sebahagian kepalanya. “Pihak hospital ada membuat pembedahan kecil dan mengambil sedikit daging pada pipi yang membengkak, barangkali mereka mahu mengenal pasti penyakit terbabit.

    “Saya masih menunggu maklum balas mereka, saya berharap penyakit ini dapat dirawat secepat mungkin kerana saya tidak mampu menanggung kesakitan lagi,” katanya ketika ditemui. Yut terpaksa menunggu setahun untuk mendapatkan rawatan kerana tidak mampu ke hospital.

    Dia hanya dapat ke Hospital Sibu selepas menerima bantuan sebuah parti politik. Selepas kematian suami lima tahun lalu, Yut bergantung hidup pada dua anaknya, Sofina Yus, 25, dan Nini Carlina, 22. Orang ramai yang simpati dengan nasib Yut boleh menghubungi Nini Carlin di talian 011-14024695 atau menyalurkan bantuan kewangan melalui akaun RHB di 1-61132-000-3307-1.

    Yut berkata, dia sukar mendapat rawatan pada peringkat awal kerana jarak untuk ke Sibu dari kampungnya kira-kira 200 kilometer. “Saya ada temu janji di Hospital Dalat tetapi dinasihati untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sibu yang memiliki kelengkapan rawatan lebih baik,” katanya. 

    Sementara itu, Nini Carlina berkata, pihak hospital memaklumkan, ibunya perlu menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pipi. “Kami masih menunggu pengesahan pihak hospital tentang jenis penyakit terbabit. Saya dan kakak (Sofina) berdoa semoga ibu cepat sembuh. Kami sudah tidak sanggup melihat ibu menderita,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ibu Tunggal Terlantar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top