My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 15 February 2017

    Guru Tadika Edar Dadah Di Miri



    Kegiatan licik seorang guru Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) mengedar pelbagai jenis dadah sejak setahun lalu memakan diri apabila dia diberkas ketika sedang memandu kereta jenis Perodua Myvi di Permy Jaya di sini semalam. 

    Ketika ditahan pada pukul 1 petang itu, guru wanita berusia 32 tahun tersebut didapati membawa dua anak muridnya berusia enam tahun disyaki untuk me­ngaburi mata pihak berkuasa.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Sahar Abdul Latif berkata, pemeriksaan menemui lima peket dadah jenis syabu seberat lebih 53 gram yang disembunyikan di ruang brek tangan kereta tersebut.

    “Soal siasat kemudian dapat menahan seorang rakan wanita suspek berusia 34 tahun yang disyaki aktif mengedar dadah di bandar ini. Pemeriksaan di rumah suspek di Vista Perdana Phase 1, Bandar Baru Permy Jaya di sini pula menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin (250 gram), syabu (143 gram) dan 100 biji pil ekstasi yang disembunyikan di dalam almari baju,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guru Tadika Edar Dadah Di Miri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top