Tidak dinafikan, penganjuran sesuatu acara tahap antarabangsa memang akan mengundang kehadiran pelancong yang ramai untuk menyaksikan acara berkenaan. Disinilah terletaknya kebijaksanaan penganjur untuk mecari ruang agar ianya tidak membebankan orang lain terutamanya pada saat kecemasan.
Pada 4 dan 5 Februari lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganjurkan Festival Belon Udara Panas 2017 di Padang Polo yang terletak berhadapan Hospital Pulau Pinang (HPP). Walaupun MCA Pulau pinang sebelum ini telah mengadakan bantahan berhubung penganjuran festival ini, namun ianya langsung tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi Biro Aduan Pemuda MCA negeri, Ooi Teik Liang yang dilaporkan berkata, aduan itu sekali gus menunjukkan jaminan Kerajaan DAP Pulau Pinang kononnya penganjuran pesta itu tidak akan menganggu operasi harian HPP hanya janji palsu.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan situasi itu dan turut menyelar kerajaan negeri yang tidak mengendahkan suara banyak pihak supaya pesta belon udara panas tersebut tidak diadakan berdekatan HPP.
Katanya, pihak MCA tidak menghalang festival seumpama ini diadakan cuma apa yang amat disesalkan adalah, kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak mengendahkan rungutan orang ramai yang mungkin akan mengalami kesesakan teruk pada hari penganjuran festival berkenaan.
Ianya sekaligus mungkin akan mengancam nyawa sekiranya berlaku sebarang kecemasan pada hari kejadian. Justeru, Teik Liang mempersoalkan, di mana sifat kemanusiaan kerajaan negeri berhubung perkara ini? Bukankah lebih baik, festival seumpama ini dianjurkan jauh daripada operasi harian Hospital Pulau Pinang?

Bagaimanapun, kerajaan negeri Pinang tetap menganjurkan pesta selama dua hari itu tanpa mempedulikan rungutan orang ramai khususnya, kakitangan HPP, pesakit dan waris yang berulang-alik ke hospital tersebut. Menurut Teik Liang, penganjuran di Padang Polo itu selain menyebabkan kesesakan luar biasa, turut menimbulkan rasa kurang senang kepada pesakit HPP yang terganggu dengan bunyi bising.
0 comments:
Post a Comment