My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 15 February 2017

    #PRKTjgDatu : Pembangkang Jangan Buang Masa Datang Kesini



    Tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Seperti biasa, jentera Barisan Nasional Sarawak mempertingkatkan kempen mereka bahi mengharungi tempoh 48 jam terakhir detik penentuan sebelum tiba 18 Februari nanti.

    Malah, dikalangan penyokong Barisan Nasional dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sokongan mereka terhadap parti dilihat cukup kukuh tanpa mampu digoyahkan oleh pembangkang. Ketika berpeluang menemui seorang anak jati Sematan sebentar tadi, beliau berkata, tidak kira apa jua parti pembangkang yang bertanding di kerusi ini, jangan membuang masa berkempen di Sematan.

    Awang Zaidi Awang Jinee, 45 tahun berkata, sokongan penduduk Sematan terhadap Barisan Nasional tidak pernah berubah sejak dahulu dan kerusi ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak sekian lama. Agak melucukan, beliau menegaskan pembangkang hanya membazirkan wang, tenaga dan masa bertanding di DUN ini.

    Dalam satu tinjauan di lakukan di Lundu, Janet Anak Albert Landau, 39 tahun berkata, isu membabitkan tuntutan tanah adat (NCR) yang kononnya membelenggu penduduk berketurunan Dayak di sini sebenarnya bukanlah isu besar.

    Ini kerana, menurut Janet, kerajaan negeri yang ada pada hari ini telah menyatakan komitmen mereka untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Penyelesaian peringkat awal telah dirintis oleh bekas Ketua Menteri Sarawak sebelum ini, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem sebelum ini sebelum ianya disambung oleh kerajaan negeri sekarang.

    Jelas di sini, DUN Tanjong Datu merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak sekian lama. Tidak hairanlah, sejak beberapa Pilihan Raya Negeri sebelum ini, sukar buat pembangkang samada PKR mahupun STAR ataupun PBDS-B mahu menumbangkan calon BN di kerusi ini.

    Pada PRK kali ini, suasananya kekal sama dan harapan untuk melihat tentangan sengit dari calon PBDSB dan STAR nampaknya meleset.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKTjgDatu : Pembangkang Jangan Buang Masa Datang Kesini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top