My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 23 February 2017

    Doa Arwah Ustaz Fadzil Noor Kepada Mahathir Semakin Makbul


    Mungkin juga kita boleh menganggap, antara perseteruan politik yang paling di ingati adalah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor. Boleh dikatakan sepanjang Allahyarham menjawat jatawan tertinggi dalam PAS, sering kali kita melihat bagaimana pertembungan pendapat berlaku antara Allahyarham dan Mahathir.

    Paling diingati adalah bagaimana Allahyarham mendoakan supaya umur Mahathir dipanjangkan oleh Allah supaya Mahathir sendiri dapat melihat kerosakan yang telah dilakukannya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

    Pada ketika itu, mungkin ada yang memandang sinis doa berkenaan. Mungkin juga ada yang mentertawakan Allahyarham dengan doa ini. Malah, ada yang mendakwa, doa Allahyarham hanyalah sekadar doa ahli politik yang teruk dihentam Mahathir pada ketika itu.

    Namun, setelah beberapa dekad berlalu, doa yang dilafazkan Allahyarham kelihatan seperti di makbulkan. Manakan tidak, pada usia 92 tahun, disaat ramai rakan seperjuangan Mahathir dalam politik sudah meninggal dunia, Mahathir masih kekal berpolitik dan kini memilih untuk berjuang dipihak pembangkang.

    Pada usia 92 tahun ini jugalah, satu persatu kerosakan yang telah dicipta Mahathir dahulu semakin tersingkap. Bayangkan, kes penyelewengan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) sehingga menyaksikan seorang anak Melayu menjadi korban angkara mahu menutup kes sehinggalah kes Forex, semuanya tersingkap dengan sendirinya.

    Malah, beberapa kerosakan yang dicipta Mahathir seperti kehancuran Perwaja Steel, kerosakan teruk pada Proton Holding, mengaut wang negara hanya untuk mengayakan anak dan kroni serta bagaimana beliau mengkhianati perjuangannya sendiri menentang Lim Kit Siang serta Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini sudah terbuka dengan sendirinya.

    Sebelum ini, Mahathir masih mampu menyembunyikan segala kerosakan yang diciptanya hanya kerana perkembangan teknologi maklumat agak lewat tiba ke Malaysia. Mahathir boleh mengangkat dirinya suci tanpa melakukan sebarang kesalahan di mata rakyat.

    Namun siapa sangka, laporan siasatan penuh CIA yang menunjukkan Mahathir terlibat secara langsung dengan pelbagai penyelewengan dan skandal, mendedahkan belang dan wajah sebenar Mahathir, disaat beliau begitu beriya-ia mahu menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Justeru, tidak salah kiranya andai kita menyatakan bahawa doa yang dilafazkan oleh Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor sebelum ini, hari ini sudah dimakbulkan. Segala kecurangan Mahathir satu ketika dahulu juga sudah tersingkap dengan sendirinya. Adakah Mahathir mahu menolak Qada dan Qadar Allah bagi melindungi segala salah lakunya?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Doa Arwah Ustaz Fadzil Noor Kepada Mahathir Semakin Makbul Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top