My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 22 February 2017

    Kematian Jong-nam Masih Misteri



    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu laporan penuh mengenai hasil bedah siasat mayat pemimpin dalam buangan Korea Utara, Kim Jong-nam yang dibunuh di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang pada 13 Februari lalu. 

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham A­bdullah berkata, sehingga semalam punca kematian abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara iaitu Kim Jong-un belum dikenal pasti. 

    “Kami menunggu laporan penuh me­ngenai bedah siasat mayat Jong-nam yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Kimia­ yang akan menyiapkan analisis forensiknya,” kata beliau pada sidang akhbar di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.

    Menurut beliau, hasil bedah siasat itu akan membantu menentukan punca kematian dan identiti sebenar Jong-nam yang terus menimbulkan teka-teki. Bagaimanapun, tiada tempoh khusus ditetapkan buat Jabatan Kimia menyiapkan analisis tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kematian Jong-nam Masih Misteri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top