My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 22 February 2017

    Langkah Positif




    Kerjasama PROTON Holdings Berhad (PROTON) dengan rakan kongsi strategik (FSP) dijangka dapat mengurangkan risiko kehilangan pekerjaan bagi kakitangan syarikat automotif nasional itu. Ini kerana dengan perkongsian yang dilakukan, ia dapat meningkatkan produktiviti PROTON khususnya dari aspek pengeluaran berbanding sekiranya mereka masih kekal dengan ekosistem sedia ada. 

    Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tidak timbul isu kerajaan mahu menjual PROTON kerana selama ini PROTON memang beroperasi sebagai syarikat persendirian di bawah kendalian Kumpulan DRB-Hicom Berhad.

    “Apa yang membuatkan kerajaan mengambil perhatian adalah kerana ekosistem yang berkaitan dengan operasi PROTON kerana ia membabitkan sehingga 10,000 kakitangan dengan kira-kira 100,000 kakitangan tidak langsung yang bekerja dengan pembekal dan ejen jualan.

    “Maka, kerajaan perlu masuk campur dalam hal ini bagi memastikan kebajikan pekerja terbabit terjamin,” katanya selepas pelancaran aplikasi mudah alih Semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, semalam.

    Menurutnya, kerajaan menyarankan supaya PROTON mencari FSP bagi memastikan kelangsungan jenama PROTON dan syarikat itu tidak boleh hanya bergantung kepada pasaran domestik semata-mata.

    “Melihatkan prestasi PROTON, kerajaan berpendapat bahawa syarikat itu perlu menjalin kerjasama dengan pihak luar kerana mereka perlu pergi ke peringkat global. Kerajaan tidak boleh sentiasa membantu PROTON sedangkan mereka sudah 32 tahun berada dalam industri.

    “Apa yang dapat dilihat, sekiranya PROTON masih mahu bergerak sendiri, maka ia akan mengundang risiko kehilangan pekerjaan bagi kakitangan dan kerajaan tidak mahu perkara itu berlaku,” katanya.

    Johari berkata, rakyat Malaysia perlu melihat perkara itu dari sudut pandang yang lebih besar kerana PROTON perlu memulakan langkah baru untuk kekal bersaing.

    “Mereka (PROTON) perlukan rakan strategik yang boleh membantu memulihkan imej dan jenama PROTON selain menawarkan kepakaran dari segi rekaan dan teknologi yang akhirnya membolehkan (kenderaan) PROTON dijual di negara luar,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Langkah Positif Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top