Melihat kepada kempen-kempen kesemua parti politik yang bertanding di dua buah kerusi Parlimen, Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pastinya banyak tokoh-tokoh muncul bagi menguatkan kempen masing-masing. Tidak kira dari pihak kerajaan sehinggalah pembangkang, masing-masing mengenengahkan tokoh-tokoh pemimpin masing-masing disisi calon mereka.
Namun lain pula halnya dengan gerakan Tun Dr Mahathir Mohamed. Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil ini, beliau telah 3 kali turun padangan dimana Kuala Kangsar, beliau turun sekali dan Sungai Besar, dua kali. Menariknya, sepanjang beliau menerajui kerajaan, beliau tidak pernah tiba di Sungai Besar dan hanya dua kali sahaja tiba di Kuala Kangsar.
Lebih melucukan, seperti Tun M, kesemua pengikut setianya kini berada didalam kem PAN yang begitu giat berkempen dengan bantuan DAP. Sebagai contoh, Datuk Hamidah Osman yang sebelum ini telah dipecat daripada UMNO kerana memilih menjadi penkhianat. Sejak PAN mengumumkan calon di Kuala Kangsar, dia sibuk membantu jentera PAN di sini.
Begitu juga dengan kelibat Datuk Khairuddin, Anina dan beberapa orang lagi yang memilih menjadi pengkhianat didalam UMNO. Kesemua mereka lebih selesa berdiri didalam PAN berbanding memilih untuk berada di kem PAS mahupun berkecuali. Begitu juga dengan bekas calon bebas Parlimen Kuala Kangsar, Karmila Adenan yang giat berkempen untuk PAN.
Mungkin secara kebetulan dimana PAN sendiri ditubuhkan oleh para pengkhianat dari PAS yang enggan mengakui pemilihan Muktamar PAS, Jun lalu. Maka, dengan bantuan DAP, maka terwujudlah satu lagi politik berteraskan Melayu dimana parti ini merupakan tempat berkumpulnya para pengkhianat parti induk masing-masing.
Disini jugalah Tun M mengumpulkan para pengkhianat UMNO untuk berkempen bagi membolehkan kedua-dua orang calon PAN ini memenangi kerusi masing-masing. Ironinya, seperti diawal pembentukan PAN, para pengkhianat UMNO ini juga cukup dialu-alukan oleh DAP dimana DAP cukup menggemari perpecahan Melayu seperti ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat diatas kejayaannya mengumpulkan kesemua pengkhianat politik Melayu didalam satu parti iaitu Parti Amanah Negara atau lebih dikenali sebagai PAN.
0 comments:
Post a Comment