Kombinasi jaringan mereka mencecah 203 gol musim lalu tetapi status bintang dimiliki penyerang Cristiano Ronaldo, Robert Lewandowski, Zlatan Ibrahimovic, Thomas Mueller dan Harry Kane belum membuktikan apa apa pada Euro 2016.
Jaringan masih tandus biarpun format baru 24 pasukan diperkenalkan diharap memberi lebih banyak peluang penjaring utama Eropah memperbaiki statistik pertarungan jaringan untuk anugerah kasut emas kejohanan.
Ronaldo, 31, membuat 20 percubaan tetapi gagal menjaringkan gol di Perancis. Ibrahimovic, penyerang Sweden, masih belum melakukan sepakan benar benar berbahaya tepat pada sasaran selepas dua perlawanan.
Gandingan dua penyerang Bayern Munich, Lewandowski dan Mueller masih belum membuktikan ketajaman masing masing apabila sekadar seri 0-0 pada pertemuan di Paris, minggu lalu.
Penyerang sandaran mengetuai serangan skuad Roy Hodgson, Kane pula hilang angin. Dia gagal mencapai tahap terbaik sepertimana mengulangi pencapaian meledak 25-gol semusim bersama Tottenham Hotspur untuk meraih kasut emas Liga Perdana.
Kini, hanya Kane (England), Mueller (Jerman) dan Lewandowski (Poland) dilihat masih mempunyai peluang mengubah statistik memalukan mereka di pentas Euro 2016. Manakala Cristiano Ronaldo (Portugal) dan Zlatan Ibrahimovic (Sweden) sedang benar-benar bergelut untuk membawa pasukan masing-masing kekelompok 16 terbaik.
0 comments:
Post a Comment