My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 10 June 2016

    25 Jun Keputusan Kes Pencerobohan Lahad Datu



    Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Jun ini untuk keputusan kes pencerobohan di Lahad Datu. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar yang mengendalikan pendakwaan kes itu berkata pada mulanya ia ditetapkan pada 20 Jun selepas hujahan kedua-dua pihak yang ditetapkan hari ini. 

    "Tetapi mahkamah baru sahaja memaklumkan kepada kami, hakim tidak dapat mendengar kes (hari ini) dan menangguhkan hujahan kes (ke 20 Jun).

    "Penangguhan ini juga bermakna keputusan kes ditangguhkan ke tarikh lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Sementara itu, peguam yang mewakili 16 tertuduh warganegara Filipina dalam kes itu, Datuk N. Sivananthan berkata mahkamah mungkin memerlukan dua hari untuk keputusan kes itu bergantung kepada jumlah tertuduh yang terlibat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 25 Jun Keputusan Kes Pencerobohan Lahad Datu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top