Bekas tonggak pertahanan England, Jamie Carragher berharap Persatuan Bola Sepak (FA) England dapat melantik pengendali Amerika Syarikat (AS), Jurgen Klinsmann untuk menggantikan tempat Roy Hodgson yang meletak jawatan selepas skuad The Three Lions tersingkir awal pada kejohanan Euro 2016.
England gagal menepati ramalan apabila tewas 1-2 ke pada pasukan kerdil, Iceland pada pusingan kalah mati, sekali gus membawa pasukan ranking ke-34 dunia itu untuk membuat perhitungan dengan skuad tuan rumah, Perancis bagi peringkat suku akhir, Ahad ini.
“Secara peribadi, saya mahu mereka (FA) memilih pengendali tempatan yang terbaik untuk mengetuai bola sepak antarabangsa kami, namun kini, kami tidak boleh merungut sekiranya mereka membuat keputusan untuk kembali melantik jurulatih asing mengendalikan pasukan kita.
“Jika itu yang mereka rancang, saya secara sukarela mencadangkan supaya mereka melantik (Jurgen) Klinsmann kerana beliau mempunyai rekod baik selain berjaya membawa Jerman ke Piala Dunia dan Amerika Syarikat ke separuh akhir Copa America Centenario dia juga memahami bola sepak kita,” katanya.
Dalam perkembangan sama, bekas bintang Liverpool itu turut tidak bersetuju sekiranya penyerang legenda England, Alan Shearer dilantik sebagai pengurus baharu untuk menggantikan Hodgson.
“Semangat patriotik yang ditampilkan oleh (Alan) Shearer sangat menarik perhatian tetapi untuk menjadi pengurus yang baik anda perlu lebih daripada itu. Selain itu, dia juga pernah gagal membantu Newcastle United yang tersingkir dari Liga Perdana England (EPL) pada tahun 2009,” tambahnya.
0 comments:
Post a Comment