Kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja di negeri ini berada pada tahap membimbangkan apabila menunjukkan peningkatan ketara tahun lalu. Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 1,410 kes direkodkan tahun lalu berbanding 1,210 kes pada 2014.
"Ia mencatatkan peningkatan 13 peratus dan perkara ini dipandang serius kementerian berikutan banyak kesan negatif yang timbul terutama kepada ibu serta bayi.
"Malah, ada antaranya yang tidak mendaftarkan kelahiran sehingga menimbulkan masalah seperti penjagaan, kebajikan dan pendidikan kanak-kanak," katanya dalam ucapan penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-18 di Bangunan DUN di sini sebentar tadi.
0 comments:
Post a Comment