My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 29 June 2016

    Britain Terima Dua Kali Musibah


    England dilanda dua musibah kelmarin. Pertama, menjadi negara pertama tersingkir dari Eropah dua kali dalam tempoh seminggu dan dalam proses itu kehilangan perdana menteri dan pengurus pasukan bola sepak mereka. 

    Beberapa hari selepas pengundi Inggeris mengemudi United Kingdom ke arah ‘Brexit’ untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), England menerima satu lagi kejutan, tersingkir daripada saingan bola sepak Euro 2016 kepada Iceland - negara paling kecil pernah tampil beraksi dalam kejohanan utama.

    “Kami memalukan diri sendiri tiga daripada empat hari lalu dalam referendum dan kini kami sekali lagi malu. Sekarang masa paling sedih bagi England,” kata penyokong bola sepak Inggeris Alex di bandar Perancis, Nice.

    ‘Brexit2’ segera menjadi topik trending di Twitter selepas Iceland dengan mempunyai 332,000 penduduk menewaskan pemain England yang dibayar gaji tinggi, 2-1. “Ironi yang menarik. #England disingkirkan daripada #Euro2016 oleh negara yang tidak berada dalam EU! Mungkin sebab itu mereka menekan #butang Brexit,” gurau seorang pengguna Twitter.

    Pengurus Roy Hodgson meletakkan jawatan beberapa minit selepas kekalahan itu, mengikut jejak langkah Perdana Menteri David Cameron yang bersara Jumaat lalu. Keputusan referendum itu mengejutkan pemimpin Eropah, sekali gus menyaksikan pound British terendah dalam tempoh beberapa dekad.

    Pakar ekonomi menggelarnya sebagai tamparan paling hebat kepada projek EU sejak Perang Dunia II. Tindak balas terhadap kejutan bola sepak itu juga dramaik ketika penyokong mereka sedang bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun ke-50 England menjulang Piala Dunia 1996, dalam tempoh satu bulan.

    Pakar bola sepak meletakkan kekalahan negara yang mendakwa sebagai pencipta sukan itu dan menduduki ranking ke-11 dunia antara yang paling buruk sejak mereka tewas kepada pasukan amatur Amerika Syarikat pada Piala Dunia 1950.

    “Mon dieu! Brexit X2 dalam tempoh seminggu. Keluar Eropah, tewas kepada Iceland dalam #Euro2016 sebagai mimpi ngeri! #Brexit2,” tulis seorang pengguna Twitter Perancis.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Britain Terima Dua Kali Musibah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top