My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 20 June 2016

    Polis Tawau Rampas 155.69 Gram Dadah Dalam Ops Noda




    Polis menahan seorang lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan bersama 155.69 gram dadah dalam Ops Noda di sini, kira-kira 12.10 tengah malam Jumaat lalu. 

    Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Mustafa Maaruf Mustafa berkata lelaki berumur 29 tahun dan wanita berusia 22 tahun itu, ditahan di sebuah hotel di Jalan Masjid, ketika sepasukan lapan pegawai dan anggota melakukan pemeriksaan di tempat berkenaan.

    “Ketika anggota tiba, sebuah bilik dikunci daripada dalam. Setelah mengetuk pintu, seorang lelaki membuka pintu dan seorang wanita sedang bersembunyi di belakang pintu.

    “Pemeriksaan lanjut dalam bilik itu mendapati sehelai jaket diletakkan di atas kerusi dan pada jaket tersebut, polis menemui tiga paket plastik lutsinar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki syabu,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

    Mustafa Maaruf berkata dadah tersebut dianggarkan bernilai RM17,000. “Ujian saringan air kencing terhadap suspek lelaki didapati positif dadah Amphetamine, mankala hasil ujian terhadap suspek wanita negatif,” katanya. Beliau berkata mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Tawau Rampas 155.69 Gram Dadah Dalam Ops Noda Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top