My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 27 June 2016

    Muhyiddin Lebih Berani Berbanding Mahathir



    Apabila bercerita tentang insan-insan yang kecewa didalam politik hari ini, pastinya ramai yang akan teringat bagaimana reaksi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak menubuhkan parti politik beliau sendiri sebaik sahaja beliau dipecat daripada UMNO. Pada waktu berkenaan, tidak ramai yang yakin akan kemampuan PKR mengharungi iklim politik negara.

    Namun, setelah 16 tahun ditubuhkan, hari ini, PKR mampu menawan negeri Selangor selama 8 tahun dan muncul antara parti pembangkang yang agak kuat. Pada awal penubuhannya, Anwar cukup yakin memperolehi cukup sokongan daripada para penyokongnya untuk menubuhkan parti beliau sendiri.

    Hari ini, senario yang hampir sama berlaku apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu lagi parti politik baru sebagai reaksi balasnya terhadap pemecatan beliau bersama sekutunya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada UMNO.

    Beliau dikatakan sedang mempertimbangkan apa jua hala tujunya selepas ini termasuk menyertai Parti Amanah Negara (PAN), sebagai meneruskan kesinambungan kerjaya politik beliau. Namun begitu, paling mencuri tumpuan adalah, kesediaan beliau mempertimbangkan akan menubuhkan parti politik baharu bagi menyaingi BN dan berkemungkinan besar menyertai blok Pakatan Harapan.

    Jika dilihat daripada keberanian Muhyiddin ini, nyata, beliau jauh lebih berani dan bersungguh-sungguh jika dibandingkan dengan mentor dan ketua beliau sendiri, Tun Dr Mahathir. Ini kerana, Tun M seperti kita sedia maklum, 3 kali telah keluar daripada UMNO termasuk tindakannya meninggalkan UMNO pada 29 Februari lalu.

    Menariknya, beliau masih terhegeh-hegeh untuk menyertai UMNO semula setelah 3 kali meninggalkan UMNO. Beliau dilihat tidak berani membuat percaturan beliau sendiri dengan menubuhkan parti politik baru. Sebaliknya, setiap kali beliau keluar meninggalkan UMNO, beliau akan sentiasa mencari jalan untuk menyertai semula UMNO selepas segala hajatnya terlaksana.

    Jika dinilai dari segi semangat perjuangan antara Muhyiddin dan Tun M, dalam konteks keberanian, Muhyiddin jauh mengatasi Tun M. Namun begitu, Muhyiddin masih gagal menyaingi keberanian Anwar sebaik sahaja diusir keluar daripada UMNO.

    Malah, Tun M sendiri tidak berani untuk menyatakan dengan jelas samada berminat atau tidak menyertai PAN walaupun pada dua Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, beliau giat berkempen untuk PAN. Namun tidak bagi Muhyiddin yang turut mendedahkan, mungkin akan mempertimbangkan untuk menyertai PAN pada masa akan datang.

    Inilah yang membezakan antara Tun M dan Muhyiddin. Walaupun mereka berada didalam satu kem, namun atas faktor keberanian, mereka dipisahkan. Namun tidak dari segi melakukan kesilapan bodoh sehingga menjerat diri sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Muhyiddin Lebih Berani Berbanding Mahathir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top