My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 17 June 2016

    #PRKSgBesar : DAP Sudah Mula "Mengimport" Pengundi Hantu?



    Setiap kali tiba musim Pilihan Raya samada kecil, negeri mahupun umum, faktor pengundi hantu pastinya akan menjadi topik perbualan ramai pihak. Hal pengundi hantu ini banyak diperkatakan lantaran faktor ini kerap kali menjadi faktor luaran yang acapkali mengganggu proses demokrasi negara kita.

    Perkara ini tidak terkecuali pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dimana pengundi kedua yang menjadi majoriti di Parlimen ini datangnya dari pengundi dikalangan komuniti kaum Cina. Kebanyakan mereka mendiami kawasan Sekinchan dan beberapa lokasi di Sungai Besar itu sendiri.

    Menariknya, ketika tinjauan dilakukan di Sekinchan petang dan awal malam tadi, kelihatan beberapa buah bas didapati memakirkan bas mereka dihadapan pusat gerakan PAN yang diselenggara oleh DAP di Sekinchan. Kesemua bas berkenaan dipenuhi oleh penumpang yang dipercayai terdiri daripada kaum Cina.

    Usaha untuk mengambil gambar bas-bas berkenaan terhalang akibat dihalang oleh petugas parti. Malah, ada diantara bas-bas berkenaan mula bergerak menjauhi pusat gerakan ini ketika melihat beberapa individu cuba untuk mengambil gambar bas sewa khas ini.

    Sedikit makluman, Sekinchan bukanlah lokasi biasa perhentian bas-bas ekspress yang beroperasi dari Manjung menuju Klang dan Kuala Lumpur. Inilah yang menimbul persoalan, adakah DAP sudah mula mengimport pengundi mereka untuk memenuhi Sekinchan? Adakah mereka menjalankan operasi membawa pengundi tempatan yang bertugas diluar dengan menggunakan bas-bas sewa khas ini?

    Jika benar DAP mula mengimport pengundi hantu mereka, pastinya ia merupakan satu perkembangan yang tidak sihat untuk demokrasi negara. Inilah yang cukup dibimbangkan kerana DAP benar-benar mahu memastikan PAN berjaya menawan kerusi Parlimen ini dengan apa cara sekalipun.

    Inilah yang menjadi sasaran kepimpinan DAP dan Tun Dr Mahathir sendiri untuk memastikan PAN yang merupakan salah satu parti komponen Pakatan Harapan berjaya merampas kerusi Parlimen ini dari tangan BN.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKSgBesar : DAP Sudah Mula "Mengimport" Pengundi Hantu? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top