My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 20 June 2016

    Kemanakah Hilangnya Mahathir?



    Sejak Barisan Nasional diumumkan sebagai pemenang pada dua Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, ramai pihak tercari-cari dimana kelibat Tun Dr Mahathir Mohamed yang dilihat cukup aktif berkempen pada Pilihan Raya Kecil berkenaan. Malah beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon PAN dan yakin, PAN akan menumbangkan BN kali ini.

    Keyakinan Tun M berasas apabila beliau memilih untuk memberi tumpuan yang lebih terhadap kempen PAN di Sungai Besar berbanding Kuala Kangsar. Beliau memilih untuk turun berkempen sebanyak dua kali di Sungai Besar dan kali terakhir kempennya adalah sehari sebelum hari pengundian.

    Dalam ketiga-tiga kempennya, beliau mahu semua pengundi menolak BN sepenuhnya dan paling utama, beliau cukup yakin, PAN menerusi bantuan DAP dan PKR dapat memenangi kedua-dua kerusi ini dan sekaligus memalukan BN dan Datuk Seri Mohd Najib. Ia disifatkan beliau sebagai isyarat bahawa rakyat sudah menolak BN dan kepimpinan beliau selaku Perdana Menteri.

    Menariknya, sebaik keputusan rasmi diumumkan, BN bukan sahaja berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, malah memenangi kedua-dua kerusi ini dengan majoriti yang jauh lebih tinggi. Dan sejak dari itulah, usahkan kelibat, Tun M langsung tidak mengulas apa-apa berhubung kemenangan BN ini.

    Paling menghairankan, sehingga kini, sudah lebih 48 jam sejak kemenangan BN diumumkan, beliau gagal dikesan dimana-mana lokasi. Adakah beliau memilih untuk keluar negara dengan menaiki jet persendirian kroninya, Tan Sri Vincent Tan? Atau beliau memilih mengurungkan diri di rumah beliau di tepi Tasik The Mines, Seri Kembangan?

    Mungkin juga beliau mengelak untuk memberi sebarang ulasan berikutan kegagalannya membantu PAN menang besar di kedua-dua kerusi Parlimen ini. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan dirinya terus menerus ditimpa aib, beliau memilih untuk menghilangkan diri sehinggalah orang ramai melupai kisah yang berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

    Namun, berapa lama beliau memilih untuk menghilangkan diri disaat, PAN dan DAP sudah mula menunding jari keatasnya yang mereka sifatkan antara punca kekalahan PAN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kemanakah Hilangnya Mahathir? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top