My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 10 June 2016

    Pereka Grafik Didakwa Muat Naik Gambar Aibkan Pemimpin Negara


    Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan mengedar gambar pemimpin negara melalui aplikasi Facebook dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain empat bulan lalu. 

    Tertuduh, Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin,39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin. Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM 50,000 atau kedua-duanya.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Fahmi Reza' secara sedar memulakan penghantaran komen palsu pada pukul 12.30 tengah hari pada 8 Februari lalu dan dibaca pada pukul 2.40 petang pada hari yang sama di Seraya Sdn. Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang dekat sini. 

    Pendakwaan dikendali Ketua Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Mohd. Sophian Zakaria dan pegawai pendakwa, Zairul Nahar Zakaria manakala tertuduh diwakili oleh peguam Melissa Sasidaran. Ikmal Hishan memerintahkan tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM 7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 27 Julai depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pereka Grafik Didakwa Muat Naik Gambar Aibkan Pemimpin Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top