My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 June 2016

    Akhirnya, Azmin Tiba Juga Ke Sungai Besar




    Amat janggal untuk menyaksikan seorang Menteri Besar memulaukan sesuatu Pilihan Raya Kecil di negeri masing-masing. Pastinya, antara individu yang paling sibuk mengatur kemenangan parti masing-masing adalah Menteri Besar sesebuah negeri. Tidak mengira peringkat DUN mahupun Parlimen, pastinya sebarang kekalahan ingi dielakkan.

    Namun lain pula bagi negeri Selangor apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan enggan turun ke Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar. Dikatakan Azmin merajuk setelah kegagalannya memujuk PAN dan PAS untuk tidak bertanding dikerusi ini bagi memberi laluan kepada PKR untuk bertanding.

    Malah, ada yang mendakwa, kehilangan Azmin ini sedikit sebanyak berpunca daripada keengganannya menyatakan hala sokongannya. Seperti sedia maklum, PAS merupakan sekutu beliau di Selangor manakala PAN pula merupakan antara parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Andai beliau memilih untuk menyokong sesuatu pihak, beliau pastinya hilang sokongan dari satu parti lagi.

    Namun, jika dilihat kepada arah sokongan yang dizahirkan oleh mentor yang juga bapa angkatnya, Tun Dr Mahathir, pastinya beliau akhirnya terpaksa menyokong PAN demi memastikan kesemua parti yang menubuhkan Pakatan Harapan, kekal menyokongnya sebagai Menteri Besar.

    Inilah yang membawa kepada kedatangan Azmin ke Parlimen Sungai Besar petang ini. Jika sebelum ini hanya Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar sahaja yang dilihat berada di Parlimen ini, Azmin akhirnya mengikut jejak langkah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah yang akhirnya "mencemar duli" menjejakkan kaki ke Sungai Besar.

    Pastinya, Azmin berharap kehadirannya petang ini dapat menutup mulut para pengkritiknya. Namun begitu, hakikat yang Azmin gagal untuk elak adalah, kehilangannya sejak 5 Jun lalu yang menimbulkan persoalan, adakah Pakatan Harapan hari ini bermasalah dan tidak lagi mempunyai kata sepakat?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akhirnya, Azmin Tiba Juga Ke Sungai Besar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top