My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 15 June 2016

    Tiga Model Baru Akan Dilancarkan Proton



    Proton Holdings Bhd (Proton) yang melancarkan model terbaru Perdana semalam, mengumumkan akan memperkenalkan tiga lagi model baharu termasuk sebuah model kenderaan pelbagai guna (MPV) hasil kerjasama dengan syarikat automotif dari Jepun, Suzuki pada tahun ini.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, model dengan kerjasama dengan Suzuki itu akan dilancarkan pada Oktober ini manakala dua lagi model lain sebelum akhir tahun ini membabitkan Proton Persona dan Saga.

    Menurutnya, selain menjalin perkongsian strategik dengan Suzuki Motor Corp dan Honda Japan Ltd ketika ini, pihaknya akan mengenal pasti rakan kongsi strategik di bawah penyeliaan pasukan petugas khas yang baharu dibentuk.

    “Ada beberapa pengeluar peralatan asli (OEM) menyatakan minat untuk membentuk kerjasama dengan Proton dan kami akan mengeluarkan permohonan cadangan kepada semua OEM. Kami hanya mahu memastikan yang proses kerjasama ini dilakukan dengan telus dan menjemput semua OEM yang berminat menyertai eksesais ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Proton Perdana baharu, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.

    Hadir sama Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Miti II Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah.

    Ahmad Fuaad turut memaklumkan bahawa model generasi keempat Proton Perdana setakat ini sudah menerima 900 tempahan dan menyasarkan 3,000 unit pada akhir 2016. Menurutnya, sasaran jualan bagi keseluruhan model Proton pada tahun ini masih lagi 150,000 unit biarpun model Perdana baharu lewat diperkenalkan.

    “Malah, jumlah sasaran ini akan dibantu dengan tiga lagi model baharu yang akan diperkenalkan pada tahun ini,” katanya. Sementara itu, Syed Faisal menegaskan pihaknya tidak memerlukan sokongan kewangan tambahan daripada kerajaan bagi membantu meneruskan operasi syarikat. 

    Menurutnya, pinjaman mudah daripada kerajaan bernilai RM1.5 bilion sebelum ini sebahagian besar akan digunakan untuk membayar vendor yang membekalkan komponen kepada syarikatnya dan pihaknya masih mempunyai aliran tunai mencukupi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Model Baru Akan Dilancarkan Proton Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top