My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 5 June 2016

    #PRKSgBesar : Kehadiran Tiong Lai Bukti Kesepakatan Dalam BN



    Sepanjang minggu lalu, ramai orang memperkatakan pemberontakan kecil yang berlaku didalam MCA berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Syariah Islam yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pelbagai reaksi ditonjolkan oleh MCA terutamanya kenyataan yang mengatakan MCA akan bertindak meninggalkan BN andai UMNO menyokong usul hudud.

    Apa yang berlaku sebenarnya tidak harus diperbesarkan kerana seperti yang dijelaskan oleh Datuk Seri Abdul Hadi, ianya bukan mengenai pembentangan Rang Undang-Undang mengenai Hudud, sebaliknya ia lebih kepada pengukuhan hukum syariah yang tidak pernah dikaji dan digubal sejak lebih 15 tahun yang lalu.


    Namun hari ini, kehadiran Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ke Hari Penamaan Calon di Sungai Besar telah membuktikan sebaliknya. Komitmen dan semangat setiakawan yang masih ada didalam MCA masih menebal dalam memastikan calon BN di Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mendapat sokongan sepenuhnya dari parti ini.

    Nyata sekali, segala permasalahan yang timbul didalam BN berikutan pembentangan yang dilakukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya diselesaikan pada peringkat tertinggi dan ianya telah kembali merapatkan semula hubungan antara parti komponen BN yang sebelum ini agak berkocak.

    Inilah formula yang telah BN amalkan sejak sekian lama bagi memastikan negara kekal ditadbir dan diperintah oleh BN. Tidak seperti Pakatan Harapan, walaupun mereka disatukan dibawah satu ikatan, namun, dari segi idealogi, mereka kekal bergolak dan mereka tidak teragak-agak mengheret penyokong mereka bersama-sama dalam pergolakan yang tidak berpenghujung ini.

      
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKSgBesar : Kehadiran Tiong Lai Bukti Kesepakatan Dalam BN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top