Sepasang suami isteri menyesal tidak sudah selepas kehilangan anak tunggal mereka sekelip mata gara-gara tertidur di rumah mereka di Pondok Rakit, Sungai Wat, Empangan Bakun, Belaga di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, Lydia Inah Mosir Rugai, 5, dipercayai terjatuh ke dalam sungai sebelum ditemui di dasar sungai oleh bapanya. Lydia bersama ibu bapanya yang berbangsa Iban sudah lebih 10 tahun mendiami rumah atas air itu.
Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Melay Tingom berkata, insiden malang itu hanya disedari selepas 30 minit pasangan suami isteri itu tertidur. “Apabila tidak mendapat sebarang respons selepas berkali-kali memanggil anaknya, wanita itu yang cemas terus mengejutkan suaminya. Mereka mencari Lydia di sekitar rumah, namun tidak berhasil.
“Bapa mangsa yang berasa tidak sedap hati kemudian mengikut kata hatinya lalu terjun ke dalam sungai di rumah mereka untuk mencari puteri tunggal mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment