Memasuki minggu terakhir kempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, pastinya parti-parti yang bertanding akan melakukan apa sahaja dengan peluang yang ada untuk merayu undi daripada penduduk di Parlimen Sungai Besar. Dengan tinggal beberapa hari lagi, usaha pastinya akan dilipat gandakan untuk membolehkan parti masing-masing mendapat undi yang secukupnya.
Berbicara tentang kempen Pilihan Raya, Parti Amanah Negara (PAN) yang terlibat secara langsung dalam kempen kali ini pastinya akan berjuang habis-habisan untuk mempromosikan calon mereka untuk dipilih oleh penduduk Parlimen Sungai Besar. Pastinya, DUN Sekinchan akan dijadikan kubu paling kuat untuk mereka dalam usaha mereka memenangi pilihan raya kecil ini.
Seperti sedia maklum, PAN langsung tidak berani untuk keluar daripada DUN Sekinchan untuk berkempen secara besar-besaran. Tindakan ini dipercayai kerana, jentera kempen mereka kebanyakannya dibantu oleh DAP yang menguasai DUN berkenaan menerusi Ng Suee Lim. Pastinya, DAP akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan PAN menang di kerusi ini.
Timbul persoalan, adakah PAN langsung tidak mampu bergerak sendirian? Jika dilihat dari gerak kerja sedia ada, PAN pasti tidak akan mampu berkempen sendirian jika tidak dibantu oleh DAP mahupun PKR. Malah, mereka terpaksa menggunakan "pengkhianat besar negara", Tun Dr Mahathir, berkempen untuk mereka, bukan sahaja di Parlimen Sungai Besar, malah Kuala Kangsar.
Sebagai sebuah parti yang baru sahaja bertapak di dalam arus politik semasa, PAN pastinya mengharapkan bantuan penuh dari DAP yang kita sedia maklum sebagai payung dan pencipta PAN didalam Pakatan Harapan. Jadi tidak mustahil jika kita melihat, DAP mengawal semua pergerakan dan kempen PAN di Parlimen Sungai Besar.
Malah, Pusat Gerakan PAN di pekan Sungai Besar juga amat jarang digunakan sepenuhnya melainkan jika ada sidang media sahaja. Sebaliknya, mereka lebih memberi tumpuan kepada gerak kerja di Sekinchan dan ada perkhabaran mengatakan, calon PAN, Azhar Abdul Shukur lebih selesa menggunakan pejabat gerakan DAP berbanding memasuki pejabat sendiri.
Nyata sekali, penggantungan PAN kepada DAP langsung tidak dapat disembunyikan di pilihan raya ini. Tanpa DAP, PAN pastinya akan terkial-kial dan pastinya PAN tidak akan mampu untuk bersaing dengan PAS dan juga BN. Malah, PKR sendiri seolah-olah cuba menjauhkan diri daripada semua kempen-kempen PAN dan DAP di Sungai Besar.
0 comments:
Post a Comment