My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 June 2016

    ‘Awe Kerat Kaki Tok’


    Ibarat melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit. Mungkin pepatah itu paling sesuai menggambarkan tindakan melampau seorang remaja yang sanggup memotong perge­langan kaki seorang warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, hanya kerana tidak diberikan wang dalam kejadian di Kampung Tanjong Rendang, Lemal, Pasir Mas kelmarin. 

    Lebih menyayat hati, akibat perbuatan gila tersebut, Mek Som bakal kehilangan hampir keseluruhan kakinya apabila doktor terpaksa memotong kaki kiri nenek tua itu hingga ke paras lutut.

    Menurut anak mangsa, Esah Dollah, 55, kaki ibunya yang putus pada bahagian pergelangan tidak dapat disambung semula, bahkan akan terpaksa dipotong sehingga ke paras lutut bagi mengelakkan risiko jangkitan kuman.

    Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh doktor yang me­rawat mangsa di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Awe Kerat Kaki Tok’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top