My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 18 June 2016

    #PRKSgBesar : Antara Mentarang, Tempoyak Dan Tempe



    Memasuki jam 4 petang hari ini, seramai 30,073 orang atau 71 peratus penduduk di Sungai Besar telah menunaikan tanggungjawab mereka di semua 28 pusat pengundian di seluruh Sungai Besar. Jumlah ini kian menghampiri sasaran yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menyasarkan 75 peratus keluar mengundi pada kali ini.

    Hanya tinggal kira-kira sejam sahaja lagi sebelum pusat pengundian ditutup sebelum proses pengiraan akan bermula. Persoalannya, diantara tiga orang calon ini, siapakah yang akan dipilih oleh penduduk Sungai besar bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat kelak?

    Dari pemerhatian yang dibuat hari ini, sokongan terhadap calon BN, Budiman Mohd Zohdi dilihat begitu memberansangkan dimana kebanyakan pengundi yang ditemui lebih senang jika BN terus mewakili mereka berbanding calon lain.

    Malah, calon BN, Budiman Mohd Zohdi adalah pengundi tempatan di Parlimen ini dan juga anak jati Parlimen ini. Berbanding calon lawan, calon PAS, Dr Abdul Rani Osman merupakan pengundi di Meru manakala calon PAN, Azhar Abdul Shukur merupakan pengundi dan permaustatin tetap Temerloh.

    Pastinya, pilihan lebih terarah kepada anak jati Sungai Besar yang terkenal dengan masakan Mentarangnya berbanding calon tempe, Dr Abdul Rani dan calon tempoyak, Azhar Abdul Shukur. Namun segalanya akan ditentukan selepas jam lima petang hari ini. Diantara ketiga-tiga makanan ini, yang mana satukah makanan kegemaran anak jati Sungai Besar?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKSgBesar : Antara Mentarang, Tempoyak Dan Tempe Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top