My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 27 June 2016

    Britain Berhadapan Ketidak Tentuan Politik



    Dua parti utama Britain secara terbuka mengalami konflik selepas undian untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) mencetuskan ‘cubaan rampasan kuasa’ dalam parti pembangkang utama, Labour, serta perebutan kuasa parti pemerintah Konservatif. 

    Kedua-dua parti menerima kesan hasil referendum minggu lalu itu yang melihat pengundi Britain memilih meninggalkan EU seterusnya mencetuskan perbalahan antara rakyat negara itu. Perdana Menteri David Cameron akan meletak jawatan yang mencetuskan persaingan hebat untuk menggantikannya, manakala beberapa ahli Parlimen Labour juga meletak jawatan dalam usaha memaksa ketua mereka Jeremy Corbyn berbuat sama.

    Menteri Pertama Scotland Nicola Sturgeon menggambarkan keadaan itu ‘vakum kepemimpinan’ memalukan selain memberi gambaran Scotland yang mahu terus kekal dalam EU berkemungkinan mengadakan referendum sendiri sekali lagi untuk berpisah dengan United Kingdom.

    Cameron akan terus memegang jawatan itu sehingga Oktober, tetapi keputusannya itu merisaukan pihak anti-EU yang mengharapkan pemimpin baru yang tidak memihak kepada blok itu sebelum rundingan dan perbincangan bermula untuk memastikan proses berjalan adil serta lancar.

    Sementara itu, bagi Parti Labour, Corbyn memecat ketua hal ehwal dasar luarnya, Hilary Benn kerana dianggap tidak boleh dipercayai. Sehubungan itu, semakin ramai ahli Parlimen Labour mendesak Corbyn meletak jawatan kerana menganggap dia gagal memainkan peranan lebih kuat dalam kempen untuk kekal dalam EU.

    Dua ahli politik Labour membuat usul tidak percaya terhadap Corbyn, bakal didebatkan minggu ini. Lima lagi anggota Kabinet Bayangan Corbyn meletak jawatan tanda protes terhadap kepemimpinannya dan lebih ramai difahamkan akan mengikut jejak mereka.

    Sementara itu, Boris Johnson yang merupakan salah seorang ketua gerakan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit mendapat sokongan pemimpin utama Parti Konservatif bagi menggantikan David Cameron sebagai Perdana Menteri, lapor sebuah akhbar.

    Menteri Kehakiman, Michael Gove menghubungi Boris kelmarin untuk mengatakan bahawa beliau akan menyokongnya sebagai ketua Parti Konservatif, demikian menurut akhbar Sunday Times. Cameron mengumumkan kelmarin bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri menjelang Oktober depan selepas pengundi membuat keputusan bersejarah dengan menyokong Brexit yang diterajui Boris dan Gove.

    Cameron menggesa rakyat Britain supaya memilih untuk kekal dalam 28 negara EU menjelang pungutan suara itu. Menurut akhbar itu, Menteri Dalam Negeri, Theresa May dijangka memasuki pertandingan untuk merebut jawatan Perdana Menteri dalam masa beberapa hari lagi.

    Beliau dijangka mendapat sokongan daripada sekutu Cameron yang melihat May sebagai calon terbaik untuk menentang Boris yang merupakan bekas datuk bandar London. May menyokong kempen “Kekal” tetapi bersikap kurang lantang berbanding Cameron dan Menteri Kewangan, George Osborne yang berharap untuk menjadi ketua Parti Konservatif seterusnya namun, menerima tamparan hebat susulan keputusan referendum baru-baru ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Britain Berhadapan Ketidak Tentuan Politik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top