My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 29 June 2016

    400 Bilionair Rugi RM520 Bilion



    Sejumlah 400 individu terkaya dunia kerugian AS$127.4 bilion (RM520 bilion) daripada nilai aset semasa mereka susulan keputusan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit. 

    Menurut portal akhbar Independent, bilionair-bilionair terbabit kerugian 3.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan mereka, manakala aset 15 individu terkaya Britain susut sebanyak hilang AS$5.5 (RM22.4 bilion).

    Lelaki terkaya Eropah, Amancio Ortega hilang lebih AS$6 bilion (RM24.4 bilion) selepas pengumuman keputusan pungutan suara tersebut Khamis lalu, sementara aset bilionair, Bill Gates dan pengasas Amazon, Jeff Bezos masing-masing susut lebih AS$1 bilion (RM4.1 bilion), menurut Bloomberg.

    Sementara itu, broker saham, Peter Hargreaves menjadi individu paling rugi di Britain pada pagi Jumaat lepas selepas kekayaannya menyusut 19 peratus. Hargreaves juga merupakan penderma terbesar untuk Brexit dan telah mendermakan AS£3.2 juta (RM17.4 juta) untuk kempen itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Britain.

    Bilionair dan pengurus dana lindung nilai, George Soros yang memberi amaran bahawa Brexit akan melumpuhkan ekonomi Britain sebaliknya memperoleh pulangan besar daripada pelaburannya dalam emas selepas Brexit.

    Pemilik rangkaian fesyen Topshop, Philip Green kerugian kira-kira £365 juta (RM1.98 bilion) selepas nilai pound sterling susut ke paras paling rendah dalam tempoh 30 tahun susulan keputusan pungutan suara itu.

    Menurut Bank of England, pihaknya akan mengambil semua langkah sewajarnya bagi memastikan kestabilan kewangan di Britain selepas referendum tersebut. Bank HSBC dan Goldman Sachs sebelum ini mengancam untuk memindahkan operasinya keluar dari Britain sekiranya berlaku undi keluar dari EU namun, belum mengambil apa-apa tindakan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 400 Bilionair Rugi RM520 Bilion Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top