Pastinya kini ramai yang berdebar-debar menunggu keputusan pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar yang dijangka diumumkan pada jam 9 malam nanti. Kini, pelbagai khabar angin sedang tersebar dengan pelbagai angka dikeluarkan oleh ramai pihak. Menariknya, semua angka berkenaan menunjukkan BN memang sedang mendahului.
Sebenarnya, bukan sesuatu yang mengejutkan andai BN berjaya memenangi pilihan raya kali ini. Sememangnya calon BN memang diterima oleh semua kaum di sini sejak dari awal pengumumannya pada 28 Mei lalu. Nyata sekali pengaruh anak tempatan cukup penting buat pengundi dimana dua lagi pencabar Budiman, bukanlah dari kalangan anak tempatan.
Dalam beberapa perkiraan yang sedang tersebar sekarang, jelas menunjukkan Budiman berjaya memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding pencapaian calon BN yang lalu. Ia sesuatu yang cukup menarik untuk disaksikan dan kupasan kempen disini seharusnya diguna pakai oleh BN pusat dalam persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.
Jika dilihat kepada pencapaian ini, semua pihak wajar menerima kredit diatas usaha dan perit jerih berkempen di bulan Ramadhan. Sememangnya, bukan perkara yang mudah berkempen pada bulan puasa ini, namun semuanya diharungi dengan sabar oleh semua jentera BN di Sungai Besar.
Inilah bukti, dimana jika semua tenaga digembeling dengan baik dengan kesepakatan yang jitu, kemenangan insya Allah mampu diraih walaupun BN diserang keliling oleh musuhnya termasuk musuh dalam selimut. Tahniah BN atas kemenangan ini.
0 comments:
Post a Comment