Awal pagi tadi, seluruh Perancis meraikan hari pembukaan kejohanan Bola Sepak terunggul di benua Eropah, Euro 2016. Majlis pembukaan penuh warna warni ini menggambarkan betapa Perancis benar-benar komited mahu membuktikan, segala isu yang menyelebungi negara berkenaan sebelum sepak mula Euro, dapat ditangani dengan berkesan.

Pemain Arsenal, Oliver Giroud membuka tirai jaringan buat tuan rumah apabila menjaringkan gol pertama kejohanan pada minit ke 57 menerusi tandukan setelah menerima hantaran Pemain West Ham, Dimitri Peyet. Namun Romania berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Bogdan Stancu pada minit ke 65.

Dengan kemenangan ini, Perancis kini mengungguli Kumpulan A dengan 3 mata dan sekaligus menjadi hari paling terbaik buat seluruh warga Perancis dan aksi sempurna Perancis pada kejohanan Euro kali ini.
0 comments:
Post a Comment