My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 15 June 2016

    Segmen Filem : The Conjuring 2 : Kejadian Paranormal Depan Mata



    Filem seram The Conjuring 2 yang mula ditayangkan di Amerika Syarikat Jumaat lalu mendapat sambutan hangat apabila berjaya meraih jualan tiket RM165.3 juta dalam tempoh tiga hari tayangan. Sambutan hebat itu menyaksikan filem arahan James Wan itu muncul sebagai filem seram yang mencapai prestasi terbaik bagi pembukaan tayangan. 

    Selepas menamatkan kisah seram pada 2013, sekuel The Conjuring 2 kembali menghantui penonton dengan memaparkan kejadian dihadapi pasangan suami isteri yang juga penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren ketika cuba menyelesaikan masalah gangguan makhluk halus keluarga Hodgson di London, England.

    Di awal penceritaan, Lorraine mendapat bayangan wajah rahib yang menggerunkan ketika di Amityville dan kejadian itu berulang ketika wanita itu berada di kediamannya. Sementara itu, di London, keluarga Hodgson mendapati kehadiran makhlus halus di rumah mereka selepas anak bongsu, Janet bercakap dengan seseorang dan berjalan dalam tidurnya.

    Tidak lama selepas itu, anggota keluarga lain mula diganggu dan mereka turut menyaksikan kejadian paranormal di depan mata. Berikutan itu, keluarga terbabit meminta bantuan Ed dan Lorraine bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

    Sekuel ini masih mengekalkan Vera Farmiga dan Patrick Wilson serta barisan pelakon Frances O’Connor, Madison Wolfe, Simon McBurney dan Franka Potente. Kembali mengarahkan The Conjuring 2, Wan berkata, dia mahu memastikan jalan cerita sekuel ini segar dan bukan seperti ulangan semula daripada filem pertama.

    “Filem ini bermula dengan Ed dan Lorraine menyiasat kes paranormal di Amityville, namun saya tidak berminat untuk menceritakan semula kejadian itu. Saya mahu mencuba sesuatu yang baru dengan jalan cerita lebih segar,” katanya.

    Menurut pengarah kelahiran Malaysia itu, dia juga tidak mahu terlalu fokus terhadap keimanan Ed dan Lorraine agar tidak membuatkan penonton berasa bosan. “Jadi, saya memastikan karakter pasangan berkenaan tidak terlalu banyak berhujah mengenai agama walaupun mereka penganut setia,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Segmen Filem : The Conjuring 2 : Kejadian Paranormal Depan Mata Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top