My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 11 June 2016

    Samseng Thai Bunuh Rakyat Malaysia


    Rakyat Malaysia, Mohd. Nizam Ahmad Basrah ditembak mati ketika menunggang motosikal di Jalan Phadungpakdee di sini pada 16 Mei lalu disebabkan dia memotong sebuah motosikal yang dinaiki dua suspek pada hari kejadian. 

    Tindakan mangsa berusia 28 tahun yang memotong motosikal dinaiki dua rakyat negara ini secara tiba-tiba telah mengejutkan suspek sehingga menimbulkan rasa marah mereka.

    Perkara itu didedahkan oleh Penolong Ketua Polis Songkhla, Kolonel Chaiwat Nittayavitmol yang berkata, suspek Warawut Muangmin, 25, yang tidak berpuas hati dengan cara tunggangan motosikal oleh Mohd. Nizam kemudian bertindak menembak mangsa.

    “Motif suspek menembak mangsa adalah kerana motosikal mangsa secara tiba-tiba memotong motosikal dinaiki suspek bersama rakannya, yang menyebabkan suspek rasa terkejut dan marah dengan kejadian itu.

    “Suspek kemudian bertindak melepaskan tembakan terhadap mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Samseng Thai Bunuh Rakyat Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top