My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 June 2016

    Trump Kaitkan Islam Dalam Pembunuhan Rambang Kelab Gay



    Calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump (gambar) meminta Presiden Amerika Syarikat(AS), Barack Obama meletak jawatan susulan serangan ke atas sebuah kelab malam gay di Orlando yang meragut 50 nyawa kelmarin.

    Beliau menyifatkan insiden itu sebagai sera­ngan pengganas. Trump turut meminta calon Parti Demokrat, Hillary Clinton keluar daripada persaingan merebut kerusi Presiden AS. Trump menyelar Obama kerana enggan melabel Islamic State (IS) dan kumpulan militan lain sebagai mewakili agama Islam.

    Dalam ucapannya, Obama enggan menyebut perkataan Islam Radikal. Oleh kerana itu, beliau seharusnya letak jawatan. “Kepada Clinton pula, sekiranya beliau masih tidak boleh menyebut dua perkataan ini selepas serangan di Orlando, beliau wajar berambus ,” kata Trump.

    Trump cuba mengeksploitasi keganasan di Orlando itu bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya Presiden pada 8 November depan. Pada awal kelmarin, sebelum butiran lanjut mengenai insiden tembakan itu diperoleh, Trump menerusi akaun Twitternya mendakwa bahawa amaran beliau tentang pengganas Islam sebelum ini ternyata benar.

    Beliau turut membatalkan rancangan berkempen di Portsmouth, New Hampshire semalam susulan serangan itu. Dalam mesej Twitternya beberapa jam selepas kejadian tembakan itu, Trump berkata:

    “Hargai ucapan te­rima kasih yang saya terima kerana berkata benar tentang pengganas Islam radikal, saya bagaimanapun tidak mahu ucapan terima kasih, saya mahu ketegasan dan kewaspadaan.”

    Trump pernah melaungkan hasrat untuk menangkis ancaman kumpulan pengganas termasuk militan IS ketika berkempen sebelum ini. Serangan yang mengakibatkan 14 orang terbunuh di San Bernardino, California pada Disember 2015 dijadikan alasan oleh Trump untuk menyekat orang Islam daripada memasuki AS.

    Beliau mengulangi cadangan itu kelmarin selepas 50 orang terbunuh dalam serangan di kelab malam Pulse di Orlando, Florida. “Apa yang berlaku di Orlando hanya satu permulaan. Kepimpinan kita lemah dan tidak berkesan. Saya menyeru dan minta sekatan (orang Islam) diadakan. Kita mesti tegas,” kata Trump di Twitter.

    IS yang menguasai kawasan di Iraq dan Syria mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Bagaimanapun, pihak berkuasa AS berkata, siasatan awal mendapati tiada kaitan antara keganasan di Orlando dengan IS. Penyerangnya, Omar Mateen, 29 ditembak mati polis. Trump menyelar Obama kerana tetap enggan merujuk kumpulan militan sebagai mewakili agama Islam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Kaitkan Islam Dalam Pembunuhan Rambang Kelab Gay Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top