Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) diberikan status universiti penuh, berkuat kuasa serta-merta. Najib yang juga Presiden UMNO mengumumkan perkara berkenaan dalam ucapannya sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid KUISAS di sini.

“Dengan ini KUISAS akan menerima geran kerajaan Pusat berkuat kuasa serta-merta," katanya. Sehubungan itu Najib berkata, KUISAS akan menggunakan nama Universiti Azlan Shah Malaysia (USAS) dan akan menerima geran tahunan kerajaan.
0 comments:
Post a Comment