My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 29 June 2016

    Selesai Kemelut Royalti


    Majoriti ahli Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP) bersetuju inisiatif baru kerajaan menubuhkan badan khas sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengelola kutipan royalti industri muzik berbanding empat pertubuhan sedia ada sebelum ini. 

    Naib Presiden MACP Ahmad Izham Omar berkata, penubuhan badan terbabit dapat menyelesaikan kemelut berhubung pengurusan badan kutipan royalti melalui satu standard pengurusan yang baik. Ketika ini, empat badan dilesenkan untuk mengendalikan royalti iaitu MACP, Public Performance Malaysia (PPM), Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) dan Performers and Artists Rights (Prism).

    “Kami percaya menerusi penubuhan khas ini segala masalah yang dihadapi pengguna dan empat badan perlesenan akan kembali pulih.

    “Ini secara tidak langsung dapat memastikan hak dan perolehan pendapatan melalui bayaran kutipan royalti kepada pemegang hak dan penggiat seni dapat diurus serta disalurkan dengan sebaik mungkin serta mendapat sokongan berterusan daripada pengguna komersial,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan MACP ke-26 di ibu kota, baru-baru ini.

    Ahmad Idham berkata, selepas menerima undian majoriti daripada ahli, MACP akan melakukan langkah seterusnya dengan berbincang untuk melantik Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi untuk penubuhan badan khas berkenaan.

    “Selepas ini kami akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk meneruskan penubuhan badan khas ini. Kami juga akan berbincang dengan ahli untuk mengusulkan nama-nama yang wajar dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif dan pengerusi bagi badan terbabit,”katanya.

    Pada 26 Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan inisiatif baru kerajaan untuk menubuhkan satu badan kutipan royalti industri muzik berbanding empat badan kutipan sedia ada.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Selesai Kemelut Royalti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top