My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 26 June 2016

    Berapa Lama Lagikah PAS Mampu Bertahan Dengan Hinaan DAP?



    Didalam kerajaan negeri Selangor hari ini, Datuk Seri Azmin Ali bukanlah satu-satunya individu yang berkuasa di Selangor. Sebaliknya, jika direnung sedalam-dalamnya, Azmin sebenarnya hanyalah sekadar "orang suruhan" DAP. Manakan tidak, setiap keputusannya, harus mendapat perkenaan DAP terlebih dahulu sebelum beliau mengeluarkan sebarang kenyataan.

    Menyentuh mengenai kuasa yang ada ditangan Menteri Besar, DAP dilihat sewenang-wenangnya mencatur segala pergerakan kerajaan negeri walaupun mereka bukanlah memegang tampuk pentadbiran. DAP sentiasa mahu memastikan segala kehendak mereka dipenuhi walaupun ada ketikanya, ia bukanlah kehendak Azmin secara total.

    Dalam isu ini, Pengerusi DAP negeri, Tony Pua sudah beberapa kali mendesak Azmin untuk menyingkirkan PAS dari kerajaan negeri. Sehingga hari ini, PAS mempunyai empat orang Exco dimana, Azmin begitu memerlukan mereka untuk membentuk kerajaan.

    Namun begitu, Tony Pua dan beberapa individu DAP begitu hebat mendesak Azmin menyingkirkan PAS. Malah, ada diantara kata-kata mereka begitu biadab dan sekaligus menampakkan maruah PAS hanyalah dikaki mereka. Lebih menyedihkan, parti serpihan mereka, PAN turut senada dengan DAP walaupun pada hakikatnya, mereka sendiri pernah berjuang besama-sama PAS.

    Dalam hal ini, berapa lama lagikah PAS harus bersabar dengan kerenah DAP dan PAN yang secara terang-terangan mahu mereka disingkirkan? Jika dilihat daripada gerak kerja kempen sewaktu Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan, PAS dipandang sebagai "makhluk perosak" bagi DAP dan PAN.

    Walaupun PAS memilih untuk mendiamkan diri, namun sebagai antara parti tertua di Malaysia, dimanakah maruah PAS dalam isu ini? Lim Kit Siang mahupun Tony Pua sentiasa menganggap PAS lambang kepada Melayu Kuno yang tidak wajar berada didalam Pakatan Harapan. Benar, mereka ada menjalankan gerakan memujuk PAS, namun hakikatnya, ia tidak lebih daripada strategi politik mereka.

    PAS akan tetap dilayan seperti kasta kelas tiga oleh DAP. Walaupun DAP mengharapkan PAN menjadi PAS kedua didalam Pakatan Harapan, namun hakikat sebenarnya, PAN masih belum boleh diharap untuk menjadi antara pencabar terkuat kerajaan andai mereka bertanding. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

    Hinaan dan cercaan yang dilemparkan DAP sebenarnya cukup melampau dan adalah amat waja bagi PAS menyuarakan hak mereka sebagai membidas kenyataan yang dilemparkan DAP terhadap mereka. Usah hanya berani sesama Melayu sahaja tetapi menyorok apabila dihina dan dicerca oleh DAP.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berapa Lama Lagikah PAS Mampu Bertahan Dengan Hinaan DAP? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top