My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 June 2016

    #PRKKualaKangsar : Bila Rosmah Dikeji, Bila Mahathir Dipuji



    Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed kini dalam rangka kempen untuk dua Pilihan Raya Kecil di Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar. Semalam, beliau meluangkan masa sehari di Parlimen Sungai Besar dan secara terbuka menyatakan sokongannya kepada calon PAN di kerusi ini.

    Alasan sokongannya adalah, calon PAN menandatangani Deklarasi Rakyat dimana majoriti pemimpin pembangkang telah menandatanganinya. Malah, beliau tanpa berselindung mahu melihat PAN dengan bantuan DAP dapat menumbangkan BN  pada pilihan raya kecil kali ini.

    Namun begitu, bukan perkara ini yang mahu dipersoalkan kerana sejak beberapa tahun yang lalu, Tun M memang sudah hilang ingatan dan telah "mati" dari ramai pengagumnya sebelum ini. Apa yang ingin dipersoalkan, jika semalam beliau tiba dengan Proton Perdana yang masih belum dirasmikan, hari ini beliau tiba dengan pesawat sewa khas. Hebat?

    Semalam, dalam ceramahnya, beliau ada menyentuh tentang dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa Datin Seri Rosmah Mansur telah menyalahgunakan sebuah kapal terbang sewa khas kerajaan untuk tujuan peribadi. Pelbagai tuduhan beliau lemparkan seolah-olah langsung tidak menghormati bulan Ramadhan ketika ini.

    Hari ini, Tun M bersama rombongannya tiba di Kuala Kangsar menerusi transit dari Lapangan Terbang Ipoh. Adakah terlalu jauh perjalanan bagi Tun M hingga terpaksa menggunakan pesawat sewa khas hanya semata-mata mahu berkempen untuk PAN di Kuala Kangsar?

    Andai perkara yang sama dilakukan oleh Perdana Menteri atau isteri Perdana Menteri, umpat keji seranah Tun M dan Rafizi pastinya akan kedengaran. Bagaimana pula dengan kehebatan Tun M menggunakan "private jet" untuk berkempen? Adakah ianya dihalalkan oleh Rafizi dan Tun M?

    Jika semalam beliau mengatakan Datin Seri Rosmah menggunakan private jet sewenang-wenangnya, jadi bagaimana pula dengan Tun M? Adakah beliau masih lagi Perdana Menteri sehingga melayakkan beliau menggunakan pesawat peribadi seperti ini?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKKualaKangsar : Bila Rosmah Dikeji, Bila Mahathir Dipuji Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top