My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 June 2016

    Copa Amerika : Brazil Tersingkir



    Copa America Centenario mengundang kontroversi yang menyaksikan kesilapan pengadil perlawanan menyebabkan Peru menumbangkan Brazil 1-0 sekali gus tersingkir daripada kejohanan itu. Kekalahan itu pencapaian terburuk Brazil dalam saingan Copa America sejak 1987 yang menyaksikan juara dunia lima kali itu gagal melepasi peringkat kumpulan kejohanan. 

    Brazil yang hanya memerlukan seri untuk layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan B dilihat semakin hampir untuk melangkah ke saingan kalah mati, menuju 15 minit terakhir aksi menentang Peru.

    Mimpi ngeri Brazil bermula apabila Raul Ruidiaz yang menyambut hantaran Andy Polo didakwa menggunakan tangan untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan. Ruidiaz berlari untuk meraikan jaringan berkenaan dan pengadil dari Uruguay Andres Cunha mengisyaratkan jaringan itu sah. 

    Pemain Brazil memprotes dengan berang, berkerumun mengelilingi Cunha sambil meminta pegawai itu membatalkan keputusannya. Protes itu menyebabkan Cunha panik dan mula berbincang dengan penjaga garisan menerusi alat perhubungan untuk menentukan sama ada gol itu sah.

    Selepas perlawanan tertangguh selama empat minit, dikerumuni pemain kedua-dua pasukan, Cunha kemudian mengesahkan jaringan itu. Bagaimanapun ulang tayang menunjukkan pemain gantian itu memang menggunakan lengannya untuk menolak masuk bola ke dalam jaring sekali gus menewaskan penjaga gol Brazil Alisson.

    Dunga terus membidas keputusan pengadil yang membenarkan gol Peru itu. “Saya pasti peminat Brazil menyaksikan perlawanan itu dan melihat bagaimana Brazil disingkirkan daripada kejohanan ini.

    “Kami tersingkir akibat sesuatu yang tiada kena-mengena dengan permainan bola sepak,” katanya sambil mengkritik pengadil perlawanan yang mengambil masa terlalu lama untuk berbincang sehingga menangguhkan perlawanan.

    “Saya tidak begitu faham siapa atau apa yang pengadil itu rundingkan,” kata Dunga sambil menambah beliau sudah melihat ulang tayang di skrin di Stadium Gillette. “Jelas sekali bola terkena tangan namun kami tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah keputusan pengadil,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Copa Amerika : Brazil Tersingkir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top