My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 15 June 2016

    Euro 2016 : Portugal Lesu, Hungary Lakar Kejutan



    Kejohanan Bola Sepak Eropah, EURO 2016 sudah melengkapkan perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan dimana dua perlawanan berlangsung awal pagi tadi dengan membabitkan pertembungan Austria bertemu Hungary dan pasukan pilihan, Portugal menentang pasukan kerdil, Iceland.

    Seperti dijangkakan pertembungan Austria dan Hungary pastinya akan berlangsung sengit dengan Hungary ingin menebus kekalahan demi kekalahan mereka ditangan Austria sejak sekian lama. Perlawanan yang penuh dengan aksi fizikal ini sememangnya menghiburkan dengan dua layangan kad kuning dan satu layangan kad merah kepada pemain Austria disajikan.

    Cukup mengejutkan apabila Hungary yang tidak dibarisi pemain bintang peringkat eropah berjaya menundukkan Austria dengan jaringan 2 - 0. Gol-gol Hungary dijaringkan oleh Adam Szalai pada minit 63 dan pemain gantian, Zoltan Stieber pada minit 87.

    Lain pula halnya dengan pertembungan Portugal yang dibarisi pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, Pepe, Nani dan ramai lagi bintang ternama. Walaupun mendominasi sebahagian besar perlawanan, namun hanya satu gol dijaringkan menerusi pemain Fenerbache, Nani pada minit 31, separuh masa pertama.

    Memasuki separuh masa kedua, usaha Portugal menambah jumlah jaringan nyata telah menyebabkan Iceland terpaksa berkampung di halaman sendiri sebelum mereka akhirnya berjaya menghukum kealpaan pertahanan Portugal dengan jaringan Birkir Bjarnason.

    Usaha Portugal untuk menambah jaringan nyata menemui jalan buntu dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan. berikut merupakan keputusan penuh perlawanan awal pagi tadi

    Austria - 0
    Hungary - 2

    Portugal - 1
    Iceland - 1
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Euro 2016 : Portugal Lesu, Hungary Lakar Kejutan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top