My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 12 June 2016

    #PRKSgBesar : MCA Sentiasa Mendekati Pengundi Cina Di Sungai Besar



    Memasuki minggu terakhir kempen di Parlimen Sungai Besar memperlihatkan bagaimana hubungan akrab diantara parti komponen didalam Barisan Nasional dapat diterjemahkan menerusi kempen bersama diantara MCA dan calon BN di Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

    Pelbagai acara dan corak kempen diatur bersama-sama calon BN ini bagi membolehkan MCA menerusi Presidennya, Datuk Seri Liow Ting Lai membawa MCA mendekati pengundi dari kaum Cina terutamanya di Sekinchan yang merupakan kubu kuat DAP disini.

    Menerusi tinjauan rambang yang dilakukan, kebanyakan kaum Cina di Sekinchan menyambut baik cara dan corak berkempen yang diamalkan oleh MCA sepanjang 7 hari tempoh berkempen. Malah, mereka menyenangi cara Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sentiasa mendengar keluh kesah pengundi Cina disini. Ianya, sedikit sebanyak berjaya menghakis sentimen anti MCA di sini.

    Malah menurut beberapa orang komuniti Cina di Sekinchan memberitahu, menerusi pendekatan berhemah MCA ini lah banyak perkara berkaitan BN yang selama ini dimanipulasikan oleh DAP dapat difahami sepenuhnya.

    Sememangnya, sejak dari awal lagi, jentera MCA menyatakan komitmen mereka untuk menjadi suara dan wadah BN di Sungai Besar dalam menyampaikan apa sahaja perkara berkaitan kerajaan yang selama ini dimanipulasikan oleh pembangkang sejak sekian lama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKSgBesar : MCA Sentiasa Mendekati Pengundi Cina Di Sungai Besar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top