My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 28 June 2016

    Tiada Sebab Untuk Husni Merajuk



    Rombakan kabinet semalam menyaksikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melepaskan jawatannya selaku Menteri. Malah, lewat petang semalam, beliau dilaporkan turut melepaskan semua jawatan beliau didalam UMNO berkuat kuasa serta merta.

    Berita berkenaan pantas mendapat reaksi pelbagai dikalangan pengamal media terutamanya di media sosial. Pelbagai andaian dilakukan, antaranya Datuk Seri Ahmad Husni tidak lagi sebulu dengan Perdana Menteri, beliau merajuk dan pelbagai andaian disebarkan. Walhal, beliau sendiri memberitahu bahawa tindakan beliau adalah atas alasan peribadi dan keluarga.

    Persoalannya, kenapa beliau perlu merajuk dengan kepimpinan hari ini? Jika direnung sepanjang karier beliau selaku Menteri Kewangan Kedua, beliau adalah salah seorang menteri yang cukup bersih dan paling efisyen sepanjang beliau berkhidmat. Hal ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri yang menyifatkan pengunduran Datuk Seri Ahmad Husni sebagai satu kehilangan.

    Hubungan akrab beliau dengan Perdana Menteri juga bukan suatu perkara yang baru sahaja diwujudkan. Bayangkan, beliau antara Menteri yang kekal menerajui Kementerian Kewangan sejak pembentukan kabinet pertama oleh Datuk Seri Mohd Najib. Ini bermakna, beliau telah berkhidmat selama dua penggal dibawah pentadbiran Perdana Menteri.

    Menurut sumber dalaman yang boleh dipercayai, pengunduran beliau dipercayai berikutan keadaan kesihatan beliau yang agak terganggu sejak akhir-akhir ini. Ditambah pula dikhabarkan isteri beliau kini sedang menderita penyakit tumor otak. Namun begitu, tidak dapat dipastikan kebenaran berita ini.

    Namun, andai dilihat menerusi beberapa faktor-faktor ini, tidak mustahil beliau mengambil keputusan besar ini. Walaupun beliau pernah menjadi menteri dan berpangkat besar didalam negara, namun beliau juga seorang manusia biasa. Pastinya, disaat-saat sukar sebegini, beliau lebih rela meluangkan masa yang ada bersama-sama keluarga setelah puas berkhidmat untuk negara.

    Oleh yang demikian, berhenti dari menimbulkan pelbagai spekulasi yang boleh memberi tekanan tambahan terhadap beliau serta cuba menimbulkan ketegangan antara beliau dengan kerajaan hari ini. Hormati keputusan beliau dan doakan yang terbaik untuk beliau. Setidak-tidaknya, beliau masih menerajui Parlimen Tambun sehingga tibanya PRU ke 14 kelak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Sebab Untuk Husni Merajuk Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top