Penduduk di sekitar daerah Beaufort dan Kuala Penyu dekat sini gempar dengan kemunculan awan pelik yang bergulung awal pagi semalam. Kemunculan awan pelik itu berlaku selama dua jam bermula pukul 7 pagi sehingga mencetuskan panik dan tanda tanya dalam kalangan penduduk.
Gambar awan tersebut turut tersebar di media-media sosial sehingga mencetuskan perdebatan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata, kejadian bentuk awan luar biasa di kawasan pantai barat Sabah pada awal pagi semalam adalah disebabkan oleh fenomena cuaca yang dinamakan garis badai berserta kejadian awan bergulung.
Menurutnya, awan jenis bergulung tidak berbahaya berbanding garis badai dan ia pernah berlaku di Kota Kinabalu pada Ogos 2012, di Sungai Petani, Kedah pada 2014 dan di Kota Bharu, Kelantan pada Ogos tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment