My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 19 June 2016

    Mahathir Wajar Tubuh Parti Baru Setelah Kegagalan PAN



    Melihat kepada kegigihan Tun Dr Mahathir mencipta gerakan mahu menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, pastinya ramai tertanya-tanya, kenapa Tun M tidak menubuhkan sahaja satu lagi parti politik bagi mengumpul semua penyokong dan pentaksubnya dibawah satu parti.

    Pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Tun M hadir ke Sekinchan sebanyak dua kali dan Kuala Kangsar sekali hanya semata-mata mahu memberikan sokongan kepada calon PAN yang bertanding di kedua-dua kerusi ini. Beliau jelas berharap, PAN mampu menjelmakan kemenangan bagi mengalahkan BN.

    Namun harapannya jelas tidak kesampaian apabila BN jauh lebih unggul apabila mampu memenangi kedua-dua kerusi ini dengan cemerlang. Di kedua-dua kerusi ini BN jelas mampu menambah majoriti dan PAN pula, masih terkial-kial untuk menempatkan diri dalam persaingan merebut dua buah kerusi Parlimen ini.

    Oleh yang demikian, sudah tiba masanya Tun M memikirkan untuk membentuk sebuah lagi parti politik atau setidak-tidaknya mengambil alih sebuah parti politik kecil untuk membentuk sebuah lagi parti politik yang membawa idealogi dan Deklarasi Rakyat yang beliau perjuangkan.

    Tindakan ini difikirkan perlu apabila minggu hadapan, Ahli Majlis Tertinggi bakal bermesyuarat bagi menentukan nasib bekal Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz yang dilihat cukup aktif menyerang dan berusaha menjatuhkan kerajaan menerusi gerakan yang dimulakan oleh Tun M.

    Memandangkan ramai vvip yang bakal dibuang dari UMNO berikutan salah laku yang dilakukan oleh mereka, adalah sesuatu yang cukup wajar Tun M menubuhkan sebuah parti politik yang menghimpunkan kesemua pentaksub, penyokong dan pengagungnya dibawah satu bumbung.

    Tun M wajar untuk berhenti dari mencuba mengambil alih usaha Mat Sabu menerusi PAN dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi PKR untuk menjadi pentasnya dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri. Ahli dan kepimpinan kedua-dua parti ini jelas tidak menyenangi caranya yang dilihat banyak menyumbang kepada kelemahan parti pembangkang sejak akhir-akhir ini.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mahathir Wajar Tubuh Parti Baru Setelah Kegagalan PAN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top