My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 11 June 2016

    Hsien Loong Pertahan Sekatan Internet Kerajaan




    Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mempertahankan keputusan kontroversi negara itu menyekat akses internet pada komputer yang digunakan oleh kakitangan awam dan menyifatkan langkah itu “benar-benar perlu” bagi memastikan sistem maklumat kekal selamat.

    “Adakah kita gembira? Saya fikir tidak kerana langkah ini melambatkan produktiviti harian. Dari sudut keselamatan pula, keselamatan rakyat kita dan maklumat berkaitan mereka, langkah ini benar-benar perlu,” katanya kepada media Singapura semasa melawat Myanmar.

    Beliau berkata, kementerian pertahanan dan hal ehwal luar telah pun mempunyai komputer berasingan untuk akses internet bagi hubungan komunikasi sensitif.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas reaksi negatif susulan laporan akhbar The Straits Times Rabu lepas bahawa 100,000 komputer kerajaan akan dikenakan sekatan internet bagi memastikan keselamatan data dan mengelakkan penyebaran malware.

    Seorang pegawai keselamatan siber dipetik akhbar itu sebagai berkata, terdapat 16 serangan ke atas data kerajaan daripada sumber yang tidak didedahkan pada tahun lalu tetapi semua malware itu telah dapat dikesan dan dimusnahkan. Malware merupakan pe­risian yang direka khusus untuk menggugat atau me­rosakkan sistem komputer.

    Kakitangan awam ba­gai­manapun masih boleh mengakses internet menggunakan peralatan periba­di mereka seperti tablet dan telefon pintar. “Guru sekolah dan pensyarah dikecualikan daripada sekatan ini,” kata beberapa pegawai.

    Singapura mengumumkan pada 2014 bahawa ia mempertingkatkan kawalan keselamatan teknologi maklumat susulan serangan ke atas laman web perdana menteri dan laman web kediaman presi­dennya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hsien Loong Pertahan Sekatan Internet Kerajaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top