My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 10 June 2016

    #PRKKualaKangsar : Tidak Wujud Permusuhan Antara MCA Dan UMNO



    Ketika pihak pembangkang masih lagi terus menerus memainkan masalah diantara MCA dan UMNO berikutan pembentangan Rang Undang-Undang Syariah oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat baru-baru ini, Kuala Kangsar menjadi saksi bahawa tidak terdapat sebarang permusuhan antara MCA dan UMNO di peringkat tertinggi.

    Bertempat di Sekolah Menengah Tsung Wah, Kuala Kangsar, kehadiran Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan komuniti kaum Cina di sini, diiringi oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

    Ini secara tidak langsung menggambarkan, tiada sebarang masalah berlaku didalam Barisan Nasional seperti yang digembar gemburkan oleh ramai pihak sebelum ini.

    Dalam ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Liow disini, beliau meminta kaum Cina supaya memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional dengan memilih calon BN di kerusi ini. Beliau percaya, hanya BN yang mampu untuk membawa pembangunan berterusan di kerusi ini.

    Nyata sekali, semangat setiakawan adalah lebih diutamakan oleh semua pemimpin parti komponen BN dan MCA jelas memahami bahawa, sebarang konflik tidak akan memberi apa-apa keuntungan kepada BN dalam menghadapi dua buah pilihan raya kecil ini.

    Untuk rekod, BN sedang dalam tempoh berkempen di Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dimana BN ditentang oleh PAN, PAS dan seorang calon bebas di Kuala Kangsar. Pastinya ia menuntut kerjasama penuh antara semua parti komponen BN dalam menghadapi tempoh getir kempen kali ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKKualaKangsar : Tidak Wujud Permusuhan Antara MCA Dan UMNO Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top