Sejak dari Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, Parti Amanah Negara tidak begitu menyenangi panggilan nama parti berkenaan dengan panggilan PAN. Berulang kali mereka dalam setiap ceramah, mereka menggesa orang ramai memanggil parti mereka dengan panggilan Amanah. Kononnya, kedengaran lebih sopan dan menampakkan ketelusan mereka.

Persoalannya, dimana salahnya panggilan PAN ini? Bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia, menjadi kebiasaan untuk komuniti dunia memanggil sesebuah persatuan, pertubuhan mahupun parti politik dengan panggilan awalan huruf nama bagi sesetiap persatuan, pertubuhan dan parti politik.
Sebagai contoh, World Health Organisation, dikenali sebagai WHO. Begitu juga dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, digelar PBB oleh rakyat Malaysia dan United Nations (UN) oleh komuniti antarabangsa. Malah Amerika Syarikat juga di panggil AS oleh rakyat Malaysia atau United States (US) oleh kominiti dunia.

Jadi atas alasan apa PAN mendesak orang ramai memanggil parti mereka dengan nama Amanah sedangkan jika dilihat dari awalan huruf parti mereka adalah Parti Amanah Negara? Bukan orang ramai yang meletakkan nama parti ini melainkan ianya dipilih oleh Presiden dan kepimpinan parti itu sendiri.
Oleh yang demikian, PAN tiada hak untuk memaksa orang ramai memanggil parti mereka mengikut kemahuan mereka.
0 comments:
Post a Comment