My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 27 June 2016

    Tabung Haji Travels Teroka Pasaran Baru




    Bagi mengukuhkan jenama serta pasaran perniagaannya, Tabung Haji (TH) Travels and Services Sdn Bhd melebarkan sayap dengan menawarkan pakej percutian ke negara Eropah Timur selain Iceland. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khalid Noordin berkata, lebih unik apabila pakej berkenaan turut disertakan dengan makanan halal dan akan dilancarkan pada musim cuti persekolahan antara November dan 31 Disember tahun ini. 

    “Selain makanan halal, kami juga memastikan waktu lawatan sentiasa memudahkan pelanggan untuk menunaikan solat lima waktu,” katanya pada Lawatan Kerja Ke Tanah Suci Makkah bagi meninjau persiapan TH Bagi Musim Haji 1437H di Mekah.

    Beliau berkata, di Iceland, pelanggan akan dibawa untuk menyaksikan fenomena Aurora selain lokasi menarik serta bersejarah di Eropah Timur antaranya di Croatia serta Bosnia. Pada masa sama, katanya, TH Travels turut menaik taraf pakej umrah dan haji dengan memperkenalkan beberapa destinasi baru melalui Pakej Umrah Plus.

    “Melaluinya, pelanggan bukan saja dapat mengerjakan ibadat di Tanah Suci Makkah dan Madinah malah dibawa melawat ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Dubai dan Turki. Pakej ini ditawarkan pada harga berpatutan dan kami yakin ia mampu memberi kepuasan kepada pelanggan,” katanya. 

    Sebagai tambah nilai kepada pakej umrah serta haji ditawarkan pihaknya, TH Travels turut menyewa pesawat lebih besar model Airbus A380 kerana berdasarkan maklum balas dibuat, pelanggan menggemari pesawat jenis ini untuk ke destinasi. Melaluinya, pelanggan juga boleh memilih sama ada untuk duduk di kelas premium, kelas pertama atau kelas ekonomi.

    “Pelanggan hanya perlu menambah RM500 hingga RM1,000 untuk menempah tempat duduk berkenaan. “Selain itu, kami turut menyediakan hotel lima bintang kepada pelanggan dengan jarak lokasi penginapan antara 30 meter hingga 500 meter dari Masjidil Haram,” katanya.

    Sementara itu, Mohd Khalid berkata, TH Travels merancang memperkenalkan pakej pelancongan kepada peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris. Beliau berkata, melaluinya, peminat akan dibawa ke stadium pasukan bola sepak disokong selain menonton perlawanan pasukan pilihan dan pakej itu akan dibincangkan pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TH Travels dalam masa terdekat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tabung Haji Travels Teroka Pasaran Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top